Istilah Bahasa Asing Magical Girl Lyrical Nanoha A's

Master

Master ialah Tuan. Contohnya Yagami Hayate ialah Master @ Tuan kepada Buku Kezaliman

Lord

Perkataan Lord digunakan untuk menggantikan perkataan Master bagi Unison Device.

Linker Core

Linker Core milik HayateLinker Core (リンカーコア Rinkā Koa) ialah salah satu organ kuasa yang digunakan untuk menghasilkan Mana dalam sesebuah tubuh bagi seorang Mage. Ianya berbentuk cahaya bulat yang keluar dari dada seseorang Mage. Dan warnanya pula bergantung kepada warna kuasa seorang Mage. Contohnya Linker Core milik Hayate berwarna hijau kebiru biruan, Nanoha pula berwarna merah jambu dan Fate pula berwarna kuning. Mereka yang mempunyai Linker Core ialah manusia yang menjadi Mage, iaitu Takamachi Nanoha, Yagami Hayate, dan Gill Graham. Begitu juga dengan Artificial Mage iaitu Fate testarossa dan Zest Grangeitz. Selain itu, Linker Core juga terdapat pada Guardian Knight, Unison Device dan Combat Cyborgs.

Belka

Apabila disebut mengenai Belka, ianya terbahagi kepada dua maksud iaitu nama tempat dan juga sistem kuasa.
  • Lokasi Kerajaan Ancient Belka (古代ベルカ, Kodai Beruka)
Jikalau melihat daripada nama tempat, Ancient Belka ialah tempat yang terletak di tengah tengah dimensi. Ancient Belka ialah sebuah Kerajaan Kuno yang telah lama hilang dan lenyap, kemudian digantikan dengan kerajaan yang baru iaitu Kerajaan Mid Childa. Kerajaan Kuno Ancient Belka juga dikaitkan dengan tempat Al Hazard iaitu sebuah tempat yang mengamalkan ilmu magis terlarang yang ingin dicapai oleh Precia Testarossa untuk menghidupkan kembali anaknya, Alecia Testarossa.Sistem Ancient Belka
  • Sistem Kuasa Ancient Belka (古代ベルカ式, Kodai Beruka Shiki)
Sistem Ancient Belka ialah salah sebuah sistem magis yang terdapat dalam dunia Takamachi Nanoha. Sistem ini merupakan sistem magis kuno yang menekankan kekuatan dan serangan. Sistem Ancient Belka lebih kasar dan ganas daripada Sistem Mid Childa. Kebanyakan senjata yang berada di bawah seliaan Sistem Ancient Belka terbahagi kepada tiga sistem yang lain, iaitu Armed Device, Unison Device dan Sistem Cartridge. Mereka yang menggunakan sistem Ancient Belka ialah Guardian Knight dan juga Yagami Hayate.
  • Sistem Kuasa Modern Belka (近代ベルカ式, Kindai Beruka Shiki)
Sistem Kuasa Modern Belka mula dikenali selepas Takamachi Nanoha dan sahabatnya, Fate testarossa menaik taraf senjata mereka iaitu Raging Heart dan Bardiche menggunakan sedikit Sistem Ancient Belka iaitu Sistem Cartridge yang berada di bawah seliaan Sistem Ancient Belka. Penggabungan Sistem Ancient Belka iaitu Sistem Cartridge ke dalam Intelligent Device menghasilkan satu sistem yang baru iaitu Sistem Modern Belka. Namun begitu, Nanoha dan Fate masih menggunakan Sistem Mid Childa tetapi hanya menambah baik pulih senjata mereka dengan sedikit Sistem Ancient Belka.